Friday, 25 November 2011
Istighfar
Setiap kali aku rasa aku tak akan diduga dengan dugaan yang lebih hebat, aku silap. Kematian Amirul sangat menyedihkan sehingga aku tak mampu nak cerita kat siapa2. Seminggu aku tak sanggup tengok blog ini yang terpampang nama Amirul. Duduk di pejabat macam orang tak tentu arah, menahan air mata. Entah macam mana aku bole terjumpa article drmaza berkenaan mencari penawar duka, pengubat sengsara. Setiap perkataan yang tertulis di situ ibarat ditulis khas untuk aku. Penawar duka, pengubat sengsara ialah Istighfar. Lalu terus ku amalkan. Rasa sakit di dada kanan kerana terlalu sedih mengenangkan Amirul berkurangan. Keesokkan harinya aku rasa lega, suara dah tak lemah, dah boleh ketawa. Tapi aku mohon pada Allah jangan sampai aku lupakan Amirul, jangan sampai ulangi kesilapan itu. Dan Ya Allah, jangan sampai aku diduga sebegini. Malam tu juga, masa Amirul kemalangan, aku khatamkan bacaan al-quranku yang dah 3 bln tertangguh untuk kudoakan keselamtan Mirul. Namun Allah lebih menyayangi Mirul. Pahala al-quran itu kusedekahkan buat Mirul. Faris juga, berjaya khatam beberapa hari lepas, juga sedekahkan pahala itu buat Mirul. Aku mahu bahagia dan aku akan Istighfar. Mudah2an aku akan berjaya. Insya-allah