Tuesday, 8 November 2011

Dugaan Demi Dugaan

Ada seorang saudara pernah berkata, hidup ini takkan sunyi dengan dugaan. Ujian dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, ada yang mendapat suami yang tidak baik, diduga dengan perangai suami. Jika mendapat suami yang baik, diduga dengan mertua dan ipar duai yang macam-macam. Jika suami, mertua, ipar duai baik, diduga pula dengan masalah ditempat kerja atau masalah dengan anak-anak. Pendek kata hidup ini mesti ada dugaan dan ujian.

Seperti yang diceritakan terdahulu, aku diduga dengan keguguran yang berlaku pada 23 Ramadan 1432H bersamaan 23 Ogos 2011. Hampa kecewa sangat2 kerana berharap untuk mendapat anak perempuan. Hampa kecewa kerana sangat2 berharap untuk berpuasa penuh dan complete sembahyang terawih sebulan. Hampa kecewa kerana tinggal lagi satu juz utk khatam al-quran. Sedangkan senarai doa hendak dipanjatkan kepada Illahi telah berjela kusiapkan untuk dibaca saat khatam al-quran.

Selang sebulan lebih, keretaku pula kemalangan. Selepas dua minggu kemalangan aku pula dimasukkan ke wad kerana lelah. Ya Allah aku redha di atas ujian2 ini. Yang paling terasa ialah apabila seorang diri di hospital, suami tiada nak menemani, anak-anak kecil lagi, saudara-mara tiada. Sarat keinginan untuk pindah ke tempat yang mana dekat dengan saudara mara.

Tetapi dalam banyak2 dugaan, yang paling2 menghibakan ialah yang berlaku 2 hari lepas. Dahlah tak balik kampung pada Hari Raya Korban, nak dijadikan hal, blackout pula pada hari raya pertama. Apalah nasib. Memang buat kita termenung. Rasa macam kena mandi bunga...