Sunday, 25 December 2011

LIFE GOES ON

Aku tersedar satu perkara, hidup perlu diteruskan. Kalau setiap hari aku menyesali diri, aku tetap tidak dapat menghidupkan Amirul. The only thing i will do is make myself miserable. I'll aged myself. Kenapalah aku selalu melakukan kesilapan.

Aku dah sangat tak minat nak kerja. Rasa macam mahu berhenti, duduk rumah dan suffer.

Wednesday, 14 December 2011

Sebulan Sudah

Sebulan  sudah anak itu pergi tapi perasaan sedih dan rasa bersalah tidak hilang. Aku tahu aku patut redha tapi setiap kali teringatkan dia airmataku melinang, sehingga aku sudah tidak lagi membaca yasin dan jarang bangun malam kerana jika aku teringatkan Amirul aku hanya mengundang kesedihan. Aku selalu terbayang wajahnya di sekolah dan kali terakhir melihatnya. Ya Allah, sampai bila...?

Friday, 25 November 2011

Istighfar

Setiap kali aku rasa aku tak akan diduga dengan dugaan yang lebih hebat, aku silap. Kematian Amirul sangat menyedihkan sehingga aku tak mampu nak cerita kat siapa2. Seminggu aku tak sanggup tengok blog ini yang terpampang nama Amirul. Duduk di pejabat macam orang tak tentu arah, menahan air mata. Entah macam mana aku bole terjumpa article drmaza berkenaan mencari penawar duka, pengubat sengsara. Setiap perkataan yang tertulis di situ ibarat ditulis khas untuk aku. Penawar duka, pengubat sengsara ialah Istighfar. Lalu terus ku amalkan. Rasa sakit di dada kanan kerana terlalu sedih mengenangkan Amirul berkurangan. Keesokkan harinya aku rasa lega, suara dah tak lemah, dah boleh ketawa. Tapi aku mohon pada Allah jangan sampai aku lupakan Amirul, jangan sampai ulangi kesilapan itu. Dan Ya Allah, jangan sampai aku diduga sebegini. Malam tu juga, masa Amirul kemalangan, aku khatamkan bacaan al-quranku yang dah 3 bln tertangguh untuk kudoakan keselamtan Mirul. Namun Allah lebih menyayangi Mirul. Pahala al-quran itu kusedekahkan buat Mirul. Faris juga, berjaya khatam beberapa hari lepas, juga sedekahkan pahala itu buat Mirul. Aku mahu bahagia dan aku akan Istighfar. Mudah2an aku akan berjaya. Insya-allah

Tuesday, 15 November 2011

Amirul Pergi Diiringi Hujan Rahmat

Amirul pergi buat selama-lamanya. Dia selamat dikebumikan pagi ni sekitar jam 11 pagi. Pemergian Amirul tamparan kuat untukku. Aku rasa sangat lemah. Tak daya nak cerita panjang. Cuma mahu mengingati tatkala Amirul disemadikan, cuaca redup mendamaikan. Apabila selesai upacara, hujan renyai-renyai merahmati permergian mu. Maafkan makcik, nak...

Tuesday, 8 November 2011

InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Dugaan Demi Dugaan

Ada seorang saudara pernah berkata, hidup ini takkan sunyi dengan dugaan. Ujian dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, ada yang mendapat suami yang tidak baik, diduga dengan perangai suami. Jika mendapat suami yang baik, diduga dengan mertua dan ipar duai yang macam-macam. Jika suami, mertua, ipar duai baik, diduga pula dengan masalah ditempat kerja atau masalah dengan anak-anak. Pendek kata hidup ini mesti ada dugaan dan ujian.

Seperti yang diceritakan terdahulu, aku diduga dengan keguguran yang berlaku pada 23 Ramadan 1432H bersamaan 23 Ogos 2011. Hampa kecewa sangat2 kerana berharap untuk mendapat anak perempuan. Hampa kecewa kerana sangat2 berharap untuk berpuasa penuh dan complete sembahyang terawih sebulan. Hampa kecewa kerana tinggal lagi satu juz utk khatam al-quran. Sedangkan senarai doa hendak dipanjatkan kepada Illahi telah berjela kusiapkan untuk dibaca saat khatam al-quran.

Selang sebulan lebih, keretaku pula kemalangan. Selepas dua minggu kemalangan aku pula dimasukkan ke wad kerana lelah. Ya Allah aku redha di atas ujian2 ini. Yang paling terasa ialah apabila seorang diri di hospital, suami tiada nak menemani, anak-anak kecil lagi, saudara-mara tiada. Sarat keinginan untuk pindah ke tempat yang mana dekat dengan saudara mara.

Tetapi dalam banyak2 dugaan, yang paling2 menghibakan ialah yang berlaku 2 hari lepas. Dahlah tak balik kampung pada Hari Raya Korban, nak dijadikan hal, blackout pula pada hari raya pertama. Apalah nasib. Memang buat kita termenung. Rasa macam kena mandi bunga...

Monday, 7 November 2011

Jiwa Yang Tenang - Part 2

Jika tanya kepadaku bagaimana hendak mendapat Jiwa Yang Tenang, aku sendiri tidak tahu, masih dalam pencarian. Sebenarnya isu jiwa yang tidak tenang ini merupakan isu yang sangat universal. Manusia yang di dalam pencarian jiwa yang tenang biasanya akan mencari Illahi untuk bertemu cinta yang abadi. Sebagai seorang Muslim, Islam mengajarkan kita untuk berzikir supaya dengan zikir itu akan menjadikan kita tenang.

Tahun ini aku diduga dengan macam-macam dugaan, dengan setiap dugaan itu aku redha. Setelah lama tidak merasa kebahagiaan, aku bercadang untuk mengandung semula, semoga dengan itu aku akan dapat merasa kegembiraan semasa melahirkan anak-anak aku dulu. Semasa mendapat tahu aku mengandung, gembiranya tidak terkira ibarat perempuan tua yang dambakan seorang anak perempuan. Tetapi kegembiraan itu tidak lama. Hanya 2 bulan, selepas itu aku keguguran. Jiwa hancur luluh, rasa macam meroyan, kesedihan tidak tertanggung. Setiap kali teringat, menangis, menangis dan menangis. Sehingga terbawa ke pejabat, kerana perasaan itu tidak dapat ditahan. Kesihatan diri sendiri pun tak jaga kerana sedih, tiada pantang dan sebagainya. Yang ada hanyalah kesedihan.

Tidak lama selepas itu kawan-kawan baik aku pula kesemuanya bertukar, A.A. dan A.M. Bertukar ke luar daerahku. Ya Allah, bertambah lagi kesedihan. Kawan-kawan itulah sahabat berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Tinggallah aku seorang di pejabat ini tanpa kawan-kawan baik. Bertambah kosong hidup ini...

Jiwa Yang Tenang

Di usia 37 tahun, dah hampir 3 tahun aku tak merasa ketenangan jiwa. Jiwa bercelaru, hati tak tenteram, tidak gembira. Jangan salah faham, aku tiada masalah rumahtangga, tiada masalah di tempat kerja, tiada masalah dengan anak-anak. Tak tahu asal usul kenapa tiba2 tidak gembira, walau apa pun aku buat aku dah tak gembira. Habiskan masa dengan anak2 pun rasa biasa.

Aku sedar jiwa ku kosong... Perlukan bantuan Ilahi...