Wednesday, 7 March 2012

Post Op Epilasik

Tak banyak testimoni dalam Bahasa Melayu tentang post op lasik atau epilasik. Pada 9 Februari 2012, aku menjalani op epilasik di UIA Kuantan. Tempoh op sangat sekejap dan painless. Cuma selepas op je agak payah sedikit, dgn vision tak berapa clear, mata tak selesa, disebabkan pemakaian contact lens. Doktor nasihatkan untuk 2 hari pertama elok tidur je, so aku tidur jelah. Tapi mmg betul, sbb lagi byk tidur, vision makin ok. Selepas cabut contact lens (after 4 days), ingatkan vision akan bertambah ok, tetapi rupanya dia makin down. Semalam aku pergi klinik untuk check up after 1 month. Vision perfect, tapi doktor kata healing terlalu cepat, mungkin disebabkan supplement yang aku ambil, so doktor bagi FML utk slowkan healing. Setelah sebulan aku amat bersyukur sebab dapat vision sempurna. Belum pulih sepenuhnya, sebab kadang2 vision terang, kadang2 kabur. I don't want to complain, as long as i can still see and read, i will be happy. Bila malam dapat tengok bulan dan bintang yang sangat cerah, syukur alhamdullilah!

To those yang nak buat lasik, epilasik, PRK, my advice is one, kene banyak bersabar sebab healing time mmg lama. Selawatlah banyak2.