Wednesday, 28 March 2012

Kasih Ibu

Orang cakap kasih ibu membawa ke syurga. Tapi hari ini nak cerita rezeki yang masuk melimpah ruah disebabkan melayan ibu. Dulu semasa aku bertugas di Pekan, masa itu emak tinggal dengan kami. Walaupun aku berulang dari Kuantan ke Pekan setiap hari, tidak pernah merasa duit tidak mencukupi. Masa tu abang yang sulung pun tinggal dengan kami untuk menjaga emak. Tetapi bila abang meninggal dunia, emak pindah tinggal dengan abang no 5. Masa tu aku selalu rasa duit tak cukup sedangkan aku sudah berpindah kerja balik ke kuantan. Aku sedar rezeki selama ini kerana emak duduk dengan kami.

Setelah 4 tahun, baru-baru ni emak datang tinggal di rumah kami untuk sebulan. Dalam masa tersebut, aku amik peluang untuk melayan kehendak emak. Setiap malam parutkan buah epal utk emak makan sbb mak dah takde gigi. Bangun pukul 4.30 pagi, 5.00 pagi untuk bantu emak masuk bilik air (emak wheelchair bound). Alhamdullilah, rezeki melimpah-limpah. Setelah setahun memohon bertukar, aku telah dapat bertukar ke tempat yang menjadi idaman ku bertahun-tahun. Rezeki dari segi RM pun dapat juga. Kan bestnya kalau emak dapat stay dengan kami forever. Semua ini berlaku tanpa aku perlu cakap kat emak untuk tolong doakan. Agaknya Allah lebih mendengar doa insan yang menjaga ibunya. Bila abang no5 datang amik emak utk dibawa balik ke PD, aku tengok wajahnya puas2. Dalam hati, inilah wajah ahli syurga. Emak sayang gila kat dia sebab layanan dia terhadap emak sangat mantap. Emak selama duduk dengan akupun asyik sebut namanya....