Wednesday, 28 March 2012

Kasih Ibu

Orang cakap kasih ibu membawa ke syurga. Tapi hari ini nak cerita rezeki yang masuk melimpah ruah disebabkan melayan ibu. Dulu semasa aku bertugas di Pekan, masa itu emak tinggal dengan kami. Walaupun aku berulang dari Kuantan ke Pekan setiap hari, tidak pernah merasa duit tidak mencukupi. Masa tu abang yang sulung pun tinggal dengan kami untuk menjaga emak. Tetapi bila abang meninggal dunia, emak pindah tinggal dengan abang no 5. Masa tu aku selalu rasa duit tak cukup sedangkan aku sudah berpindah kerja balik ke kuantan. Aku sedar rezeki selama ini kerana emak duduk dengan kami.

Setelah 4 tahun, baru-baru ni emak datang tinggal di rumah kami untuk sebulan. Dalam masa tersebut, aku amik peluang untuk melayan kehendak emak. Setiap malam parutkan buah epal utk emak makan sbb mak dah takde gigi. Bangun pukul 4.30 pagi, 5.00 pagi untuk bantu emak masuk bilik air (emak wheelchair bound). Alhamdullilah, rezeki melimpah-limpah. Setelah setahun memohon bertukar, aku telah dapat bertukar ke tempat yang menjadi idaman ku bertahun-tahun. Rezeki dari segi RM pun dapat juga. Kan bestnya kalau emak dapat stay dengan kami forever. Semua ini berlaku tanpa aku perlu cakap kat emak untuk tolong doakan. Agaknya Allah lebih mendengar doa insan yang menjaga ibunya. Bila abang no5 datang amik emak utk dibawa balik ke PD, aku tengok wajahnya puas2. Dalam hati, inilah wajah ahli syurga. Emak sayang gila kat dia sebab layanan dia terhadap emak sangat mantap. Emak selama duduk dengan akupun asyik sebut namanya....

Wednesday, 7 March 2012

Post Op Epilasik

Tak banyak testimoni dalam Bahasa Melayu tentang post op lasik atau epilasik. Pada 9 Februari 2012, aku menjalani op epilasik di UIA Kuantan. Tempoh op sangat sekejap dan painless. Cuma selepas op je agak payah sedikit, dgn vision tak berapa clear, mata tak selesa, disebabkan pemakaian contact lens. Doktor nasihatkan untuk 2 hari pertama elok tidur je, so aku tidur jelah. Tapi mmg betul, sbb lagi byk tidur, vision makin ok. Selepas cabut contact lens (after 4 days), ingatkan vision akan bertambah ok, tetapi rupanya dia makin down. Semalam aku pergi klinik untuk check up after 1 month. Vision perfect, tapi doktor kata healing terlalu cepat, mungkin disebabkan supplement yang aku ambil, so doktor bagi FML utk slowkan healing. Setelah sebulan aku amat bersyukur sebab dapat vision sempurna. Belum pulih sepenuhnya, sebab kadang2 vision terang, kadang2 kabur. I don't want to complain, as long as i can still see and read, i will be happy. Bila malam dapat tengok bulan dan bintang yang sangat cerah, syukur alhamdullilah!

To those yang nak buat lasik, epilasik, PRK, my advice is one, kene banyak bersabar sebab healing time mmg lama. Selawatlah banyak2.

The Secret

Aku pernah membaca buku The Secret by Rhonda Byrne tiga tahun lepas. So awal tahun ni aku baca semula buku tu dan membuat azam tahun baru iaitu AKU HENDAK GEMBIRA. So based on azam tu dan consistent istighfar, alhamdullilah setakat ni aku gembira dan tenang. Mungkin juga doa sahabat yang kutitipkan semasa dia mengerjakan haji tahun lepas, supaya mendoakan aku tenang dan gembira. So far aku semakin ok. Tak ada dah kesedihan seperti dulu. Aku lebih tenang sekarang.