Sunday, 18 November 2012

KEPUTUSAN UPSR

Seminggu dua sebelum keputusan UPSR keluar akulah yang sangat berdebar.... bila tanya si kembar anak sulungku tu dia orang tak kisah pun... hishh...sabar jelah... hari ini 19 nov, keputusan diumumkan. Aku tak sanggup pergi ke sekolah atau check online. Suruh suami je buat, sebab takut sakit jantung tengok keputusan dia orang. Anak yang pertama Faris, aku yakin boleh dapat keputusan yang ok, tetapi anak yang kedua tu, trial pun 3D 2C... Mak takut!!! Cemasnya!!!

Sebenarnya kitaorang dah all out belajar. Hari2 aku akan bagi kertas soalan untuk budak2 tu buat. Memang kita orang pulun, daripada awal tahun dan paling dashyat, 3 bulan sebelum periksa. Walaupun budak2 tu bising tapi dia orang buat jugak. Esp Muhd, dia sangat disiplin. So aku tahu apa pun keputusan dia orang we have done our best. Selebihnya ketentuan Allah.

So sekarang aku tahu perasaan ibu bapa yang menanti keputusan periksa anak masing2. Aku ni baru level UPSR jer tetapi debarannya tuhan sahaja yang tahu.... Dahlah dulu keputusan UPKK anak-anak aku rahsiakan sebab taknak dia orang frust. Actually faris dapat keputusan agak bagus cume Muhd tiada satu pun A. So supaya taknak muhd rasa rendah diri, we all simpan jer kedua2 result. Both tak tahu keputusan dia org. Tak tahulah bile i nak reveal. Rasa macam tak penting jer....

Kekadang aku berdoa supaya aku jadi pembikin dasar pelajaran negara... because i know how hard it is, the syllabus these days. Things which were expected of me in form 3 dulu, are expected of these boys in standard 6!! Gila hape!

Orang tak faham yang budak2 punye pembesaran tak sama. Dan slower kids will be treated differently in different class, meaning to say they were more likely to be neglected.UPSR sepatutnya dimasnuhkan sahaja, sebab tiada kepentingan pun. Jika nak masuk boarding school, sekarang dah ada peperiksaaan berasingan untuk masuk boarding, result upsr tak pakai. i find PMR adalah lebih penting untuk menentukan streaming...

Ya Allah aku mohon padaMu untuk menjadikan aku orang yang Redha dengan apa sahaja ketentuanMU.